Christine Manjaji merupakan seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan tempatan sebelum penularan pandemik Covid-19.
"Sebelum ini saya bekerja sebagai pramugari di Malaysia Airlines, dan seperti kita semua tahu, banyak pengurangan pekerja berlaku di syarikat penerbangan sekarang," cerita Christine.

Walaupun beliau sedih kerana kehilangan kerja sebagai seorang pramugari, dia mengambil pendekatan yang positif iaitu 'rezeki boleh dicari dimana-mana sahaja kalau ada usaha.'
Kata Christine, dia berminat dalam jurusan pelancongan di Kota Kinabalu, tapi disebabkan masaalah yang ditimbulkan oleh penularan Covid-19 seperti 'lock-down' and 'Movement Control Order (MCO)', dia sedar bahawa sekarang bukanlah tempoh yang sesuai untuk memulakan perniagaan dalam jurusan tersebut. Lebih-lebih lagi, antara syarikat-syarikat yang amat terkesan dengan penularan Covid-19 merupakan syarikat yang ada kaitan dengan sektor pelancongan.
Semasa tempoh PKP juga dikenali sebagai MCO, Christine berkata dia banyak menghabiskan masa di rumah.
"Saya juga tidak mempunyai pekerjaan. Tetapi di situlah saya mula berjinak-jinak dalam alam perniagaan. Saya mula menjual cookies (biskut) serta jamu Tun Teja," katanya.
Menurut Christine, aktiviti-aktiviti tersebut menyenangkan hatinya kerana walaupun hanya kerja dari rumah, dia masih boleh menjana pendapatan. Selepas itu, dia mendapat kerja sebagai jurujual penapis air, penapis udara, tilam dan bidet jenama Coway.
"Ia bukanlah satu kerja yang mudah. Kita kena kental dan tidak mudah putus asa serta berani ambil cabaran. Saya amat bersyukur mendapat peluang ini kerana ia membuka minda saya tentang menjalankan perniagaan saya sendiri di masa akan datang," kata Christine.
Christine merupakan salah seorang peserta unduk ngadau DBKK.