Sejarah Untuk Ngadau bermula dari tahun 1960 lagi tapi dengan panggilan yang lain, menurut Joanna Kitingan.
"Tidak sangka, sudah 60 tahun berlalu sejak Unduk Ngadau yang pertama di adakan iaitu pada 1 Jun, 1960 di daerah Penampang. Ketika itu, ia dinamakan Miss Kadazan," katanya.

Joanna berkata para peserta pertandingan pertama tersebut terdiri daripada remaja yang berumur diantara 15 tahun dan 16 tahun.
"Mereka dipaksa untuk ikut serta dalam pertandingan yang dianjurkan," katanya.
Kini, 60 tahun telah berlalu dan sudah ada dikalangan ratu-ratu Unduk Ngadau yang lalu yang sudah meninggal dunia, kata Joanna yang sudah lama terlibat didalam penganjuran pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau ini.
Joanna juga berkongsi pengalamannya ketika 'lock-down' disebabkan oleh penularan penyakit Covid-19 yang telah menyebabkan pertandingan Unduk Ngadau tahun lalu terpaksa ditiadakan.
"Ia merupakan tempoh yang baik untuk saya kerana ia membolehkan saya membuat penyelidikan sendiri tentang kisah-kisah para ratu Unduk Ngadau di masa yang lampau.
Joanna juga berkata ratu Unduk Ngadau terkini, Francisca Ester Nain merupakan 'the longest reigning queen' akibat tiada pengganti yang baru tahun lalu.