Cerita Mastupang membuka hati Datuk Jahid Jahim untuk membantu

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim tersentuh dengan dilema yang dilalui 500 penduduk dari empat kampung di daerah Pitas yang diceritakan oleh Mastupang Somoi.

"Saya akan dapatkan YB dari Pitas," kata Jahid setelah mengetahui kesukaran yang dialami penduduk di Kampung Sungai Eloi, Kampung Pogil, Kampung Kuyu dan Kampung Monsuvit yang terletak di daerah Pitas akibat kerosakan teruk satu-satunya jambatan mereka.

Jahid juga diberitahu bahawa Pengerusi G6 kampung terbabit, Mastupang Somoi telah cuba menghubungi pegawai daerah Pitas, Joehari Abdullah pada 17 Februari tetapi gagal pada percubaan pertama.

 

Leave a reply

Share via
Copy link
Powered by Social Snap