MEMPENGERUSIKAN…Bung (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut turut hadir Timbalannya Yakub Khan dan Setaiusaha Umno Sabah Jafry Arifin (kiri)

UMNO Sabah Sasar Tanding sekurang-kurang 14 Kerusi PRU-15

Oleh: Jaafar Abdul Wahid
 KOTA KINABALU: Umno Sabah meletakkan sasaran untuk bertanding sekurang-kurang  14 kerusi Parlimen  pada Pilihanraya Umum Ke 15 akan datang.
Ketuanya Dato Sri Bung Moktar Radin berkata mengikut rekod pada PRU ke-14 lepas, Umno bertanding di 14 kerusi Parlimen.
Kerusi Parlimen terbabit ialah Kudat, Kota Belud,Sepanggar, Papar, Kimanis,Beaufort, Sipitang,Tenom,Beluran,Libaran,KinabatanganSilam,Semporna dan Kalabakan.
Menurut  beliau sasaran itu berpandukan kepada kajian parti melalui Jabatan Urusan Pilihanraya (JUARA) Umno  Sabah yang mana Sekretrariat Penyelidikannya dipengerusikan ol Ir.Shahelmey Yahya.
Katanya Shahelmey bersama jawatankuasa akan membuat penyelidikan tentang kekuatan sokongan rakyat  kepada Umno bagi kerusi  yang dituntut.
“Penyelidikan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat  dan hasil daripada rumusan laporan itu nanti kita akan muktamadkan keputusan kerusi Parlimen mana yang bakal ditandingi oleh Umno," katanya.
Bung berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat JUARA Umno Sabah di bangunan Umno semalam.
Hadir sama  Timbalan Ketua Umno Sabah Datuk Yakub Khan, Pengerusi JUARA Umno Sabah yang juga Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin dan Pengarah Pilihanraya PRU ke-15 Datuk Sri Salleh Tun Said.
Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata dalam soal agihan calon-calon yang bakal bertanding pada PRU ke 15 akan datang, perundingan awal bersama BN dan GRS perlu dilakukan secara telus berdasarkan kepada kekuatan parti masing-masing  dan ianya perlu diputuskan lebih awal dan bukan menunggu saat saat akhir menghadapi PRU ke-15
“Dalam PRU-15 kita nak menang untuk tubuhkan kerajaan bukan kerusi untuk bermegah, mesti diteliti  setiap kerusi,geopolitik kehendak pengundi dan lokaliti," katanya.
Terdahulu, Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri turut mengadakan perjumpaan bersama menteri dan pembantu menteri yang diwakili Umno dan selepas itu turut mengadakan mesyuarat perhubungan Umno Sabah.
Semasa perjumpaan bersama Menteri dan Pembantu Menteri dari Umno, Bung turut mengingatkan mereka agar lebih proaktif turun padang menangani masalah rakyat terutama pandemik covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyaksikan ramai penduduk luar bandar terjejas dan memerlukan bantuan.
“Saya harap semua wakil rakyat Umno mengekalkan memontum untuk terus bekerja dan  bersama rakyat sejak diangkat menjadi wakil rakyat bukannya berkerja ketika dekat pilihanraya," katanya.
Bung yang juga wakil Rakyat kawasan Lamag ketika mempengerusikan mesyuarat perhubungan Umno Sabah memaklumkan bahawa sambutan 30 tahun Umno melebarkan sayapnya ke Sabah akan diadakan pada 20 Febuari ini dengan perhimpunan secara sederhana di Bangunan Umno Sabah dan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Share via
Copy link
Powered by Social Snap