Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Lamag Abu Bakar Gapar yang mewakili Bung menyampaikan sumbangan kepada salah seorang guru sempana majlis tersebut.

Pendidikan perlu untuk melahirkan modal insan

Oleh: Jaafar Abdul Wahid 

KINABATANGAN : Kerajaan meletakkan kepentingan pendidikan sebagai keutamaan dalam usahanya melahirkan modal insan cemerlang bagi mengisi keperluan pembangunan negara menjadi sebuah negara maju.

Timbalan Ketua Menteri I Dato Sri Bung Moktar Radin (gambar)  berkata kerajaan bukan sahaja meningkatkan kemudahan prasarana sekolah dengan membina sekolah-sekolah baharu malah turut menggantikan sekolah usang.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Lamag Abu Bakar Gapar yang mewakili Bung menyampaikan sumbangan kepada salah seorang guru sempana majlis tersebut.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Lamag Abu Bakar Gapar yang mewakili Bung menyampaikan sumbangan kepada salah seorang guru sempana majlis tersebut.

Selain itu katanya, kerajaan turut menyalurkan pelbagai peruntukan besar serta bantuan pendidikan demi memperkasa kualiti dan pencapaian mutu pendidikan negara.

“Kerajaan memberi peruntukan cukup demi meningkatkan infrastruktur dan kemudahan di semua sekolah.

“Saya yakin pelbagai kemudahan dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih kondusif ,” katanya pada Majlis penyerahan bantuan pendidikan (Back To School) di perkarangan  Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan kemarin.

Majlis Penympaian serta teks ucapan beliau disampaikan oleh Pemimpinan Pembangunan Masyarakat (PPM) Dun 58 Lamag Abdu Bakar Gapar.

Turut hadir Pegawai Pendidikan daerah Kinabatangan Hajah Munah Nasri, Ketua Daerah Kinabatangan  Haji Jibra Jahaya  ADDO Kinabatangan  Zulhafzal  Mungkin serta  pengetua dan guru-guru besar  yang terlibat.

Sebanyak 10  buah sekolah menerima bantuan tersebut iaitu lapan buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menangah.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya  berkata, sejajar dengan kepentingan pendidikan ,beliau juga meletakan kepentingan tersebut untuk membangunkan  Dun Lamag yang beliau wakili agar tahap prasarana dan kecermalangan pendidikan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

"Saya memahami dengan penularan koronavirus Covid-19 yang melanda dunia banyak cabaran serta dugaan yang dihadapi oleh ibubapa pelajar dan guru-guru dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar” katanya.

Sambil mengharapkan bantuan tersebut dapat meringkankan bebanan ibu bapa yang terkesan dengan penularan virus covid-19 dari segi sumber pendapatan, Wakil Rakyat DUN N.58 Lamag itu juga turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua guru-guru yang komited dan gigih meneruskan khidmat bakti sebagai pendidik walaupun berhadapan dengan cabaran ketidaan eksis enternit menyampaikan pembelajaran  secara dalam talian (on line) namun mereka gigih meneruskan tugas dengan menghantar bahan pembelajaran dari rumah ke rumah pelajar.

“Saya memahami kesukaran guru-guru yang berhadapan dengan masalah eksis enternit dan dalam masa yang sama terpaksa menghantar kerja-kerja sekolah kepada para pelajar yang terlibat ,kita berdoa keadaan ini cepat dan pulih dan kerajaan sedang berusaha untuk mempertingkatkan capaian enternit dengan membangunkan  Pelan infrastruktur  Digital Negara (Jendela) agar masyarakat luar bandar  tidak terpinggir dari menikmati kemudahan tersebut” katanya.

Share via
Copy link
Powered by Social Snap