Wanita terpaksa mendapat rawatan akibat penggunaan gam sebagai perapi rambut

Menurut laporan dari New York Times, seorang wanita dari Lousiana di Amerika Syarikat terpaksa mendapatkan rawatan apabila tidak dapat menghilangkan gam "Gorilla Glue" yang digunakannya sebagai perapi rambut.

Wanita tersebut dikatakan dengan bangga memberitahu netizen bahawa rambutnya tidak bergerak langsung dan berada di tempatnya akibat daripada penggunaan gam tersebut.

Malangnya, wanita tersebut tidak dapat menghilangkan gam tersebut dan terpaksa mencari bantuan profesional.

Kesimpulan dari cerita benar ini hanyalah ini: Baca arahan yang tercetak di bungkusan barangan yang anda beli, termasuklah gam, dan jangan terlalu kreatif dengan penggunaannya. Malang tidak berbau. Oleh itu kita kena sentiasa waspada.

Share via
Copy link
Powered by Social Snap