Majlis Bersama Adun Pantai Dalit, Jasnih Hj Daya merangkap Timbalan Menteri Kewangan (II) bersama ahli Majlis Daerah Tuaran, Paul Yong Hen Vui dan kakitangan UPPM dun Pantai Dalit yang di ketuai oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Irwandie Madshah (PPM), penyelaras UPPM Aradin Aning, setiausaha perhubungan awam kepada menteri KPLBS Romeo Sindeh serta beberapa pemimpin-pemimping masyarakat Tionghua DUN Pantai Dalit telah mengagih-agihkan limau Mandarin sempena Tahun Baru Cina di pekan Tuaran hari ini.

Sebanyak 400 kotak limau Mandrin telah di agihkan kepada masyarakat Tionghua di sekitar pekan Tuaran.
Anjuran Bersama UPPM Dun13 Dalit ini telah berjaya menyantuni penduduk Tionghua di sekitar pekan Tuaran dan mengeratkan lagi hubungan harmoni antara kerajaan dan rakyat jelata.