Allahyarham Nabil Haji Abdul Rashid

Pemergian Nabil, bekas Ketua Pergerakan UMNO pertama Tenom (Padas) satu kehilangan besar

KOTA KINABALU : Pemergian bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom(Padas)yang pertama  Nabil Haji Abdul Rashid(gambar) ke rahmat Allah pagi kemarin(ahad) merupakan satu kehilangan besar kepada Umno Sabah.

Allahyarham Nabil Haji Abdul Rashid
Allahyarham Nabil Haji Abdul Rashid

Ketua Umno Sabah Dato Sri Bung Moktar Radin (gambar) dalam hantaranya di media sosial milik beliau berkata berita sedih ini bukan sahaja beliau kehilangan seorang sahabat tapi rakan seperjuangan dalam parti Umno yang setia dan berperinsip .

" Saya secara peribadi kehilangan seorang sahabat dan pejuang sejati dalam Umno, saya turut berkongsi kesedihan dan mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham moga mereka sabar dan tabah menerima keadaan sukar ini" katanya.

Allahyarham  Nabil 58 dimasukkan ke hospital Queen Elizabeth II dua  minggu lepas berada dalam keadaan koma dan  difahamkan menghadapi masalah jangkitan paru paru dimana beliau selain aktivis parti  pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri sebelum ini Dato' Sri Dr.Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau  meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak lelaki enam orang dan  seorang perempuan dimana beliau dilahirkan di kampung Pantai Sipitang .

Antara yang terawal mengunjungi jenazah beliau di Hospital Queen Elizabeth II Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Sabah Jaafar Abdul Wahid yang merupakan rakan karib allahyarham .

Jaafar ketika ditemui berkata, beliau kehilangan seorang sahabat yang sering berjenaka apabila berjumpa dan kali terakhir bertemu di pejabat beliau kira kira tiga minggu lepas.

Jenazah allahyarham  Nabil dibawa ke masjid kampung Petagas untuk disembahyangkan dan dikebumikan di tanah perkuburan orang-orang Islam Petagas bersebelahan dengan tugu perang Petagas.
Jenazah allahyarham Nabil dibawa ke masjid kampung Petagas untuk disembahyangkan dan dikebumikan di tanah perkuburan orang-orang Islam Petagas bersebelahan dengan tugu perang Petagas.

Jenazah allahyarham  Nabil dibawa ke masjid kampung Petagas untuk disembahyangkan dan dikebumikan di tanah perkuburan orang-orang Islam Petagas bersebelahan dengan tugu perang Petagas.

Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir termasuklah Setiausaha UMNO Sabah yang juga Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin yang mewakili Bung Dan Umno Sabah,Wakil Rakyat Klias Datuk Isnin Haji Ali Asnih dan Setiausaha Ekskutif UMNO Sabah Awang Aslee Lakat  serta ahli keluarga dan rakan rakan Allahyarham .

Share via
Copy link
Powered by Social Snap