Sempena Sambutan Tahun Baru cina tahun ini, katanya kerajaan negeri menyumbangkan set kostum tarian singa kepada lima pertubuhan masyarakat Tiong Hua di Ranau.

Kerajaan Sabah Terus Salur Bantuan Kepada Masyarakat Tiong Hua

RANAU: Kerajaan Sabah akan terus menyalurkan bantuan kepada semua golongan masyarakat termasuk masyarakat Tiong Hua. 

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata kerajaan sedia ada, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diketuai Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, komited untuk terus memberikan sokongan dan bantuan kepada Masyarakat Tiong Hua di negeri ini. 

Sempena Sambutan Tahun Baru cina tahun ini, katanya kerajaan negeri menyumbangkan set kostum tarian singa kepada lima pertubuhan masyarakat Tiong Hua di Ranau.

Lima pertubuhan itu ialah Kinabalu Dragon and Lion Dance Association, SMK Ranau Lion Dance, Kelab Muda Pekan Ranau Pengerusi Flexi Jawal, Pertubuhan Tarian Singa dan Naga Chon Chu Kung Ranau dan Persatuan Peranakan Tiong Hua Ranau.

Majlis penyerahan bantuan set kostum tarian singa kepada lima pertubuhan Tiong Hua itu disempurnakan oleh Datuk Dr. Joachim. 

Dr Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata bantuan seumpama itu diberikan tanpa mengetepikan  mana-mana pihak.

Menurutnya kerajaan adil kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik dan pegangan agama di negeri ini. 

“Kerajaan sekarang ini  bukan untuk mencari populariti tetapi akan terus bekerja membangunkan negeri Sabah," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah wakil pemimpin parti dalam Kerajaan GRS dan Pegawai Khas kepada Ketua Menteri, Arthur Sen. 

Dr Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang berharap masyarakat Tiong Hua akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan sedia ada. 

“Kerajaan terbuka untuk mendengar keluhan setiap lapisan masyarakat  dan boleh menghubungi pemimpin- pemimpin masyarakat bagi menyuarakan permasalahan mereka," katanya.

Share via
Copy link
Powered by Social Snap