Dr. Joachim (dua, kiri) dalam Majlis Perasmian Pecah Tanah jambatan kekal di sungai Kopuakan, kampung Togop Laut, Ranau.

Jambatan Konkrit Sungai Kopuakan Beri Manfaat 900 Penduduk Kampung

RANAU: Kerajaan negeri merealisasikan impian penduduk kampung Togop Laut untuk mendapatkan sebuah jambatan konkrit yang menghubungkan kampung itu dengan Togop Darat.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam berterima kasih kepada Kerajaan negeri, terutama Kementerian Kerja Raya yang telah menyediakan peruntukan RM 11 juta untuk tujuan itu.

“Inilah bukti kerajaan begitu prihatin kepada rakyat khususnya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang. 

“Penduduk Togop Laut sudah sekian lama menggunakan jambatan “low level crossing” dan apabila hujan berpanjangan serta banjir melanda, kenderaan tidak dapat melalui jambatan ini dan sebagai alternatif lain, mereka menggunakan jambatan gantung,” kata Dr Joachim yang juga Adun Kundansang.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata apabila siap kelak, jambatan konkrit itu boleh digunakan pada bila-bila masa dan tidak kira pada waktu hujan. 

Majlis Perasmian Pecah Tanah projek jambatan konkrit yang berlangsung di tepi sungai Kopuakon kampung Tobok Darat itu dihadiri Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau, Mac Glen Frederick Lojuman, Pegawai Daerah Ranau Syarin Samsir, Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri, Yubidi Gumpoyo, Pegawai Pemimpin Masyarakat (PPM) Dounis Sani,  Wakil  Ketua Anak Negeri (WKAN) dan Ketua Kampung (KK). 

Dr. Joachim berkata pembinaan jambatan konkrit sepanjang 90 meter itu akan dikawal selia oleh JKR Ranau, dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

Jambatan “low level crossing” Itu dibina pada tahun 2011, yang juga telah dirasmikan oleh Dr Joachim. 

Terdahulu, Dr Joachim menghadiri acara simbolik penyerahan kanopi untuk kemudahan  pesakit yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Perancangan, Ranau.

Dr. Joachim (dua, kiri) dalam Majlis Perasmian Pecah Tanah jambatan kekal di sungai Kopuakan, kampung Togop Laut, Ranau.
Dr. Joachim (dua, kiri) dalam Majlis Perasmian Pecah Tanah jambatan kekal di sungai Kopuakan, kampung Togop Laut, Ranau.

Leave a reply

Share via
Copy link
Powered by Social Snap