Banjir di Pitas

Jambatan kami hancur kena air deras sewaktu banjir...

PITAS: "Mungkin kami perlu berenang ke seberang untuk pergi ke kebun kami. Mungkin anak-anak kami yang bersekolah di seberang sungai pun terpaksa buat begitu juga."

Itulah kata-kata Mastupang Somoi, bila tidak mendapat jawaban dari pihak berkuasa untuk menolong mereka membina satu jambatan yang tahan lasak dan tidak boleh di bawa arus kuat tatkala berlakunya banjir.

Mastupang

Mastupang

Dilema mereka berpanjangan, dan dari bulan Januari hinggalah Februari, tiada berita yang memberi harapan tiba kepada mereka.

"Bulan depan kami akan mula menuai padi. Apakah mungkin kami perlu berenang dengan guni penuh dengan padi yang baru dituai dari seberang sungai?

"Jikalau tiada pertolongan, maka kami perlu mencari ikhtiar yang lain iaitu menebang pohon bambu untuk dijadikan jambatan sementara," jelas Mastupang.

Menurutnya, kehilangan jambatan penghubung ke kebun mereka betul-betul di rasai. Bayangkan anak-anak kecil berpakaian seragam sekolah terpaksa di angkat oleh ibu atau ayah mereka supaya tidak basah ketika menyeberang sungai. Bayangkan juga anak-anak kecil demikian berjalan jauh untuk sampai ke sekolah mereka disebabkan ketiadaan jambatan atau motor dan kereta? Dan bayangkan juga para penduduk di empat kampung terlibat iaitu Kampung Sungai Eloi, Kampung Pogil, Kampung Kuyu dan Kampung Monsuvit di daerah Pitas, terpaksa memikul guni padi yang baru dituai dan berjalan jauh kerana ketiadaan jambatan penghubung tersebut? Mungkin ada yang tidak dapat membayangkan scenario tersebut, kerana menikmati kehidupan yang serba dilengkapi berbagai kemudahan. Tetapi bagi yang pernah melalui, pasti timbul keinginan untuk membantu.   

 

Menurut pengerusi G6 kampung-kampung terbabit, Mastupang Somoi, jambatan tersebut merupakan penghubung anak-anak mereka untuk sampai ke sekolah.

Jambatan kayu musnah di bawa arus air yang deras.

Jambatan kayu musnah di bawa arus air yang deras.

"Dengan ketiadaan jambatan, anak-anak kami terpaksa berjalan lebih jauh," cerita Mastupang.

Jambatan tersebut jugalah menghubungkan kampung dengan sawah padi dan ladang getah mereka.

"Dengan ketiadaan jambatan, kami terpaksa berkayuh perahu ke sebelah. Tapi kebanyakan perahu milik penduduk pun dihanyutkan arus air yang kuat," katanya.

Mastupang menyeru kerajaan untuk menolong penduduk empat kampung tersebut dengan membina jambatan yang lebih teguh dan kuat.

"Biarlah buatan dari besi dan simen. Supaya ia tahan lebih lama," katanya.

Cerita ini sudah diterbitkan pada bulan 16 Januari di akhbar tempatan. Entah apa perkembangan di sana sekarang. Apakah mereka sudah diberi satu jambatan baru?

Leave a reply

Share via
Copy link
Powered by Social Snap