Apa itu website (laman web)?

Dewasa ini, terdapat banyak laman web yang dicipta. Seperti karya seni, rupa laman web juga berbagai jenis, mengikut selera empunya. Tapi apakah laman web dan bagaimana caranya untuk memiliki sebuah laman web?

Laman web adalah satu halaman yang di cipta supaya maklumat yang ingin disampaikan si pencipta dapat di tayangkan di internet. Contoh laman web adalah mukasurat yang sedang anda baca pada ketika ini. Laman web ini di bina menggunakan platform WordPress. Ia antara platform yang paling popular kerana sokongan komuniti yang kuat. Apakah maklumat anda selamat bila menggunakan WordPress? Itu terpulang sejauh mana anda bekerja untuk memastikan maklumat anda selamat. Kehadiran para hackers sentiasa satu kemungkinan di internet dan adalah penting bagi anda, si pemilik website atau laman web, untuk memastikan anda mengunci segala pintu yang mungkin terbuka supada para pengodam laman web tidak dapat memasuki bahagian 'program' web anda.

Sebelum laman web anda dicemari oleh aktiviti si pengodam, anda perlu membuat 'back up' seberapa kerap yang perlu. Kekerapannya bergantung kepada jumlah aktiviti yang anda lakukan kepada laman web anda. Lebih kerap anda membuat perubahan, maka lebih keraplah anda perlu membuat back-up.

Bagaimana seseorang itu boleh mencipta laman web? Pertama, anda mesti mendapatkan 'domain name'. Seterusnya, anda perlu mendapatkan 'hosting' untuk laman web anda. Apakah itu hosting? Ia merupakan komputer yang sentiasa 'on' supaya maklumat yang tersimpan di dalam 'hard disk' boleh diakses oleh komputer lain. Oh ya, komputer tersebut perlu 'online' untuk membolehkan laman web yang tersimpan di dalam komputer tersebut diakses oleh pelawat.

Leave a reply

Share via
Copy link
Powered by Social Snap