Tahap laut akan meningkat lebih laju dari senario terburuk ramalan model cuaca

Menurut satu kajian baru, tahap laut mungkin akan meningkat lebih laju daripada kebanyakan ramalan model cuaca.

Pada tahun 2019, badan saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu "Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC)", melaporkan bahawa tahap laut sedunia akan meningkat pada skala 2.00 kaki atau 0.61 meter pada tahun 2100, tapi tidak melebihi 3.61 kaki atau 1.10 meter. Ramalan tersebut berasal daripada model yang memberi pertimbangan kepada perubahan cuaca dan pemanasan laut, perlepasan gas rumah hijau yang berterusan serta potensi perubahan dalam tabiat manusia untuk mengelakkan pemanasan yang lebih.

Di dalam kajian ini, para pengkaji telah mengkaji model tahap laut dari kanta sejarah. Mereka mengkaji kepantasan tahap laut meningkat pada masa lalu apabila bumi mengalami pemanasan dan diekstrapolasi untuk meramalkan peningkatan tahap laut ke masa hadapan. Mereka mendapati bahawa model tahap laut kini cenderung kepada peningkatan tahap laut yang rendah berbanding dengan ekstrapolasi berdasarkan rekod sejarah.

(Diterjemah dari Live Science)

Leave a reply

Share via
Copy link
Powered by Social Snap