Covid-19

276 kes baru Covid-19 direkod di Sabah

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Sabah merekodkan 276 kes baru Covid-19 pada 2 Februari, 2020.

Ini menjadikan jumlah kumulatif (terkumpul) Covid-19 di Sabah ke 49,420 kes.

Covid-19
Covid-19

Sebanyak empat lagi kematian direkodkan, iaitu dua kes di Sandakan, satu kes di Kota Kinabalu dan satu kes di Putatan.

Pada waktu yang sama, seramai 388 pesakit Covid-19 di Sabah telah sembuh dan di discaj dari hospital.

Jumlah kes yang sembuh di Sabah adalah 45,901 orang.

Orang ramai juga diingatkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan ke 18 Februari di Sabah.

Pergerakan merentas daerah dan negeri serta aktiviti sosial masih tidak dibenarkan, manakala SOP lain kekal seperti sebelum ini.

Leave a reply

Share via
Copy link
Powered by Social Snap