Logo Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO)

Jangan cuma mengkritik dalam gelap: WHO membidas para pengkritik

GENEVA: Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini menyuruh para pengkritik yang tidak mahu menerima laporan organisasi tersebut mengenai titik bermulanya virus Covid-19 merebak di minta tampil ke depan dengan bukti mereka.

Di dalam satu laporan yang dipetik di internet, pengarah kecemasan agensi PBB, Dr Michael Ryan berkata para pengkritik tersebut cuma berani bercakap dalam gelap dan tidak berani tampil ke depan.

"Keluarlah dari bayang-bayang," katanya dalam satu laporan.

Katanya lagi, para pengkritik telah mengatakan bahawa mereka tidak akan menerima sebarang laporan yang dikeluarkan.

Mereka juga mengatakan bahawa terdapat agensi lain yang boleh memberi laporan yang berbeza.

"Kalau kamu mempunyai jawabannya...sila beritahu kami," kata Ryan kepada sidang media dari ibu pejabat WHO di Geneva.

Leave a reply

Share via
Copy link
Powered by Social Snap