Fariz Rani on “Why We need OKU friendly facilities”…

Meet Fariz Abdul Rani, my wheelchair-bound friend whom I befriended over 20 years ago. When I first met him, he told me that he wasn’t always wheelchair-bound. He could walk, he could run — until an accident that rendered him disabled.

I guess that is why he fought so hard to raise the people’s awareness on making KK an OKU friendly city. Because he understood the ignorance of people who have no issue with mobility towards those that do. But rest assured, we will all get to the point where we too will become immobile. 

These are Fariz’s words on why it is important for public places to be OKU friendly:  

“BUKAN SEKADAR KEMUDAHAN ‘KHAS’ Salah faham yang terbesar masyarakat dalam abad ini apabila menganggap fasiliti OKU (tandas, carpark, ramp) hanya sekadar kemudahan khas. Ini menyebabkan fasiliti tersebut disediakan sambil lewa, atau ada yang menyalahgunakan fasiliti tersebut atas alasan “tak ramai OKU gunakan”. Apakah sebab carpark OKU perlu disediakan bersebelahan dengan pintu utama dan mengapa saiz petak terlalu besar? Ada juga yang beranggapan bahawa OKU boleh masuk ke mana-mana tandas yang biasa asalkan ianya luas. Sebenarnya, peralatan bantuan tambahan yang disediakan dalam tandas OKU adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan OKU. Pemasangan alatan yang salah akan memberi risiko berlaku kecederaan pada OKU seperti jatuh. Kedudukan dan saiz parking OKU pula adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan OKU. Kedudukan yang jauh dari pintu utama atau saiz yang kecil akan memberi risiko berlaku kemalangan. Akibat dari salah faham macam beginilah yang membuahkan idea-idea yang tidak munasabah seperti Tandas OKU boleh dikongsi dengan individu bukan OKU dan Carpark OKU boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.”

“Atas sebab inilah pihak berkuasa tempatan seperti Penampang menganggap dengan menyediakan kemudahan yang accessible untuk OKU adalah seperti menyediakan kemudahan-kemudahan khas yang lain. Apabila masyarakat beranggapan bahawa kemudahan mesra OKU tu hanya untuk OKU, disitulah bermula permasalahan Penampang tiada kemudahan seperti ini. Realitinya, kemudahan mesra OKU adalah untuk kegunaan untuk semua orang bukan sekadar untuk golongan OKU. Mengapa untuk semua orang? Jawapannya, “the longer you live, the higher chances of you having impairment”. Golongan warga emas akan perlahan-lahan hilang keupayaan untuk berjalan jauh, untuk nampak dengan terang, untuk mendengar dengan jelas, walaupun mereka belum lagi dikategorikan sebagai OKU. Bagaimana pula orang yang menjadi OKU akibat kemalangan, strok, kanser dan perbagai lagi penyakit yang boleh diselamatkan oleh teknologi perubatan terkini pada hari ini, tapi terpaksa menjadi OKU. Lupakah masyarakat bahawa mereka semua terdedah dengan pelbagai situasi luar jangka yang boleh mengakibatkan mereka menjadi OKU.”

“Dengan itu, penyediaan kemudahan mesra OKU bukanlah semata-mata untuk digunakan oleh OKU sahaja, tetapi adalah untuk semua orang yang memang sudah sedia OKU, yang OKU sementara seperti patah kaki, dan yang bakal jadi OKU. Jangan bila diri sendiri sudah terkena barulah terfikir tentang kemudahan OKU yang tidak disediakan.”

 

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.